Cari:
Jemaah Kabinet Lubnan Baharu
2016-12-19 14:57:41 CRI Cetak

Jemaah kabinet baharu Lubnan yang diketuai perdana menteri baharu, Saad Hariri, 46, ditubuhkan malam tadi.

Sebelum ini, terpilihnya Michel Aoun sebagai presiden baharu Lubnan pada 31 Oktober yang lalu, mengakhiri situasi pemerintahan tanpa presiden di negara itu selama lebih dua tahun. Pada 3 November yang lalu, beliau memberikan mandat kepada Hariri untuk menubuhkan kabinet baharu. Oleh sebab terdapat percanggahan antara pelbagai golongan tentang calon yang penting, penubuhan kabinet baharu ditangguhkan sejak sekian lama.

Jumlah anggota kabinet baharu meningkat kepada 30 orang dengan tambahan lima jawatan baharu berbanding kabinet sebelum ini. Hariri menyatakan bahawa kerajaan baharu akan berusaha untuk menangani pelbagai krisis yang mungkin berlaku termasuk krisis sampah sarap dan kirisis tenaga elektrik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China