Cari:
China Rampas Tiga Kejuaraan dalam Thailand Masters 2017
2017-02-13 16:33:38 CRI Cetak

Dalam perlawanan badminton Thailand Masters 2017 yang diadakan di Bangkok semalam, pemain China berjaya merampas tiga kejuaraan, manakala Tommy Sugiarto dari Indonesia pula berjaya memenangi juara perseorangan lelaki.

Dalam kategori wanita, pemain pilihan utama Thailand, Ongbamrungphan Busanan berjaya merangkul gelaran juara perseorangan wanita.

Thailand Masters 2017, yang bermula pada 7 Februari lalu, merupakan platform pemanas badan sebelum bermulanya Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, dan merupakan perlawanan antarabangsa yang pertama disertai atlet China selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Skuad China disertai barisan pemain baharu, kecuali juara Sukan Olimpik Rio, Zhang Nan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China