Cari:
Pelaburan China di Negara-negara Terlibat B&R Berjumlah USD50 Bilion
2017-03-06 16:58:20 CRI Cetak

China telah melaburkan dana lebih daripada USD50 bilion di negara-negara yang terlibat dengan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dalam tempoh tiga tahun lalu.

Demikian dinyatakan Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, He Lifeng dalam sidang media Persidangan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-12 di Beijing hari ini.

He Lifeng berkata, pembinaan B&R amat pesat dan hasilnya lebih baik daripada yang dijangkakan.

Menurut beliau, inisiatif B&R telah mendapat respons yang baik dan sokongan daripada lebih 100 buah negara dan pertubuhan di dunia. China telah memeterai kira-kira 50 perjanjian dengan negara-negara terbabit serta lebih 70 perjanjian dengan pelbagai pertubuhan.

Menurut beliau, Sidang Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R akan diadakan di Beijing pada bulan Mei tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China