Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan, Setiausaha Negara, Rex Tillerson akan mempengerusikan mesyuarat peringkat menteri kesatuan antarabangsa di Washington pada 22 Mac nanti bagi membincangkan pelan tindakan untuk membanteras militan Daesh.
Ini merupakan sidang pleno yang pertama bagi kesatuan antarabangsa.
Operasi membanteras Daesh telah memasuki fasa penting.
Mesyuarat kali ini akan membincangkan secara terperinci tindakan lanjut kesatuan antarabangsa dari segi ketenteraan, kewangan dan perkongsian maklumat.
Pegawai AS baru-baru ini berkata, militan Daesh telah kehilangan 65 peratus kawasan yang didudukinya di Iraq dan Syria.
Pemimpin Daesh mungkin sudah melarikan diri dari Mosul.