Cari:
EU Diseru Terus Perkuat Perpaduan
2017-03-12 15:51:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perpaduan merupakan aset yang paling berharga bagi Kesatuan Eropah (EU). Negara-negara anggota EU mempersetujui rasa saling mempercayai dan perpaduan patut terus diperkuat dalam kesatuan itu pada masa hadapan.

Demikian ditegaskan Donald Tusk‎, Presiden Majlis Eropah dalam sidang media selepas Sidang Kemuncak Musim Bunga EU yang berlangsung selama dua hari yang ditutup di Brussels pada 10 Mac lalu.

Sidang kemuncak kali ini mencapai perjanjian berhubung isu utama dalam sektor ekonomi dan perdagangan.

Menurut perjanjian berkenaan, EU akan terus melaksanakan dasar perdagangan yang positif, dan menggerakkan sistem perdagangan multilateral yang bersifat terbuka mengikut peraturan berkenaan.

Dalam pada itu, EU akan terus mengintensifkan hubungan perdagangan dengan China dan menggalakkan rundingan perdagangan dengan Jepun dan Mexico yang masih berada dalam keadaan perbincangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China