Cari:
Pembinaan Platform Internet Industri China Capai Hasil
2017-04-06 13:15:17 CRI Cetak

Pembinaan platform Internet industri telah menyediakan peluang baik bagi industri pembuatan China untuk mendahului dunia dan dianggap sebagai tunggak penting dalam strategi "penjanaan negara melalui industri pembuatan". Demikian dinyatakan oleh para pakar yang menyertasi Sidang Kemuncak Internet Industri 2017 yang diadakan baru-baru ini.

Setakat ini, syarikat China seperti Haier, Sany, Syarikat Sains dan Industri Aeroangkasa China (CASIC) telah berjaya membina beberapa platform Internet industri yang mempunyai harta intelek sendiri.

Platform internet industri merupakan sejenis sistem ekologi industri pembuatan yang baharu. Dalam sistem ini, penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk, pembuatan, logistik dan perkhidmatan selepas jualan dapat dikawal oleh pusat data awan untuk mewujudkan pembuatan yang pintar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China