Cari:
Seorang Polis Maut dalam Kes Tembakan di Paris
2017-04-21 13:56:28 CRI Cetak

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Perancis memaklumkan semalam, seorang lelaki telah menembak kereta polis yang sedang bertugas di lokasi popular Champs-Elysees, hingga mengakibatkan seorang polis maut, manakala dua lagi cedera.

Penyerang itu kemudian mati ditembak polis.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Dalam Perancis, Pierre-Henry Brandet berkata kepada media semalam bahawa serangan yang menyasarkan anggota polis itu memang sudah dirancang.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti penyerang tersebut, dan tidak mengelak ada kemungkinan terdapat seorang atau beberapa individu turut bersubahat.

Seorang pekerja Kedutaan Besar China di Perancis yang berada di lokasi kejadian memberitahu wartawan Agensi Berita Xinhua, tembakan itu berlaku pukul 8.00 malam semalam waktu tempatan.

Beliau mendengar hampir 20 kali bunyi tembakan.

Kumpulan Ekstrem Daesh melalui Agensi Berita Amaq mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu dan memaklumkan penyerang itu adalah anggotanya dari Belgium.

Presiden Perancis, Francois Hollande ketika berucap semalam menyatakan bahawa pihak pendakwa raya turut mengambil bahagian dalam siasatan antikeganasan tersebut.

Beliau juga mengingatkan semua jabatan agar sentiasa berhati-hati, khususnya semasa proses pilihan raya dijalankan.

Pengundian pusingan pertama pilihan raya Presiden Perancis akan diadakan pada 23 April ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China