Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan pencalonan Alexander Acosta sebagai Setiausaha Buruh Khamis lalu. Hingga ini, kesemua 15 jawatan setiausaha dalam kabinet Donald Trump telah diluluskan.
Pada 29 April ini, pemerintahan Trump akan genap 100 hari.
Menurut media AS, kerajaan Trump sedang mengalami proses pelantikan yang "paling lama" dalam sejarah negara itu. Selain wakil perdagangan, masih terdapat kira-kira 530 jawatan penting dalam kerajaan Trump perlu diluluskan oleh Senat, antaranya termasuk naib setiausaha, penolong setiausaha dan duta besar ke luar negara.