Cari:
Parlimen Britain Dibubarkan
2017-05-04 15:09:29 CRI Cetak

Parlimen Britain dibubarkan semalam, sekali gus menandakan bermulanya kempen pilihan raya negara itu. Pilhan raya Britain bakal diadakan pada 8 Jun nanti.

Menurut undang-undang Britain, parlimen akan dibubarkan dalam tempoh 25 hari sebelum hari pengundian.

Jurucakap Parlimen Britain berkata, setelah parlimen dibubarkan, semua kerusi Dewan Rakyat secara automatiknya akan kosong.

Namun, semua menteri kabinet termasuk Perdana Menteri masih mengekalkan jawatan masing-masing hingga kabinet baharu ditubuhkan.

Pada bulan lalu, Perdana Menteri Britain, Theresa May mengumumkan pilihan raya diawalkan bagi mengukuhkan kerajaannya dalam pelaksanaan Brexit, iaitu proses negara itu keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China