Cari:
Trump Pecat Pengarah FBI
2017-05-10 15:09:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah memecat Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), James Comey semalam.

Rumah Putih dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari yang sama memaklumkan bahawa Trump membuat keputusan drastik itu setelah mempertimbangkan cadangan daripada Peguam Negara AS, Jeff Sessions dan Naib Peguam Negara, Rod Rosenstein.

Trump telah memaklumkan Comey berhubung dengan keputusan tersebut pada hari berkenaan.

Pada masa yang sama, Rumah Putih akan segera memulakan kerja untuk memilih calon pengarah FBI yang baharu.

Selain itu, Rumah Putih juga tidak menjelaskan punca Trump memecat James Comey.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China