Jenama telefon pintar China, Huawei, Oppo dan Vivo menduduki kuota pasaran tertinggi, iaitu masing-masing 20%, 18% dan 14% pada suku pertama tahun ini. Angka tersebut jauh lebih tinggi daripada iPhone di tempat keempat dengan 9%.
Demikian dapatan penyelidikan pasaran domestik China oleh firma IDC.
Tiga jenama China tersebut turut tersenarai antara lima jenama yang paling laris dijual di dunia, selepas Samsung dan iPhone. Antara 10 jenama yang terlaris pula, enam adalah jenama China.