Cari:
China Bina Monorel Tergantung
2017-07-23 13:55:37 CRI Cetak

Monorel tergantung yang berkelajuan paling tinggi, hasil terbaharu syarikat kereta api CRRC Qingdao Sifang. Tren ini telah menjalani sesi ujian khas pada 20 Julai lalu.

Menurut jurutera syarikat terbabit, tren tergantung itu secara umumnya lebih murah, mesra alam dan tidak memakan masa yang panjang untuk dibina berbanding tren biasa.

Jurutera itu turut menyifatkan sistem pengangkutan awam tersebut sebagai 'pilihan yang sempurna' untuk menikmati pemandangan menarik termasuk di kawasan yang bergunung-ganang.

Dengan ketinggian hanya kira-kira lima meter dari paras tanah, tren itu mampu mencapai kelajuan sehingga 80 kilometer sejam dengan membawa 300 hingga 510 penumpang dalam tiga hingga lima gerabak.

Kejayaan menghasilkan tren tersebut secara tidak langsung membolehkan China berada pada kedudukan ketiga dalam senarai negara dunia yang menguasai teknologi terbabit selepas Jerman dan Jepun terutamanya selepas penghasilan projek 'tren pencakar langit' yang kini beroperasi di Nanjing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China