Cari:
Didi Jalin Kerjasama dengan Syarikat Dubai
2017-08-15 17:03:06 CRI Cetak

Didi, pembekal perkhidmatan tempah kereta China menjalinkan kerjasama pelaburan dengan Careem, syarikat serupa yang beroperasi di Asia Barat dan Afrika Utara.

Careem yang diasaskan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) lima tahun lalu, kini mengembangkan urus niaga ke lebih 80 bandar di 13 negara Asia Barat dan Afrika Utara. Careem merupakan syarikat terbesar yang menawarkan perkhidmatan tersebut di rantau berkenaan.

Setakat ini, Didi telah menjalinkan kerjasama yang meliputi lebih 1,000 bandar di Amerika Utara, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Amerika Selatan, dengan cakupan 60% populasi global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China