Cari:
AS Tidak Berkuasa Batalkan Perjanjian Nuklear Iran secara Sepihak
2017-10-14 15:54:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perjanjian komprehensif berhubung program senjata nuklear Iran merupakan satu perjanjian peringkat antarabangsa, maka Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil langkah sepihak untuk membatalkan perjanjian itu.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Iran, Hassan Rouhani ketika menyampaikan ucapan melalui televisyen pada malam 13 Oktober lalu.

Rouhani berkata, perjanjian itu merupakan satu perjanjian multilateral, jadi presiden negara mana pun tidak berkuasa membatalkan perjanjian itu secara sepihak.

Tegas beliau, perjanjian tersebut juga tidak mungkin dipinda oleh mana-mana pihak. Iran akan terus bekerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berdasarkan komitmen yang terkandung dalam perjanjian tersebut.

Iran akan memberi respons segera sekiranya kepentingan negaranya dalam rangka perjanjian ini tidak diberi penghargaan.

Pada hari yang sama, Kementerian Luar Iran dalam kenyataannya berkata, hanya IAEA mempunyai kuasa untuk mengesahkan sama ada Iran mematuhi perjanjian tersebut.

Sebelum ini, lapan laporan yang dikeluarkan oleh IAEA masing-masing mengiktiraf Iran telah menunaikan kewajipan yang terkandung dalam perjanjian berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China