Menurut data statistik Kementerian Kewangan China semalam, jumlah pendapatan dan perbelanjaan negara sepanjang tiga suku pertama tahun ini masing-masing meningkat 9.7% dan 11.4% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ekonomi yang berkembang mampan menyokong pertumbuhan pendapatan kewangan negara.
Statistik itu menunjukkan jumlah pendapatan mencecah RMB13.41 trilion (RM8.4 trilion) manakala jumlah perbelanjaan mencatat RMB15.18 trilion (RM9.7 trilion).
Statistik tersebut juga menandakan struktur ekonomi China lebih munasabah, dengan pembangunan lebih terselaras dan jaminan kesejahteraan rakyat lebih teguh.