Cari:
Fed AS Naikkan Lagi Kadar Faedah
2017-12-14 12:24:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) semalam menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas. Kenaikan itu akan membawa kepada kadar jangkaan sebanyak 1.25 hingga 1.5 peratus. Ini kali ketiga Fed menaikkan kadar faedah pada tahun ini.

Fed dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari itu berkata, ekonomi AS mengekalkan momentum yang stabil, pasaran pekerjaan menunjukkan prestasi yang kuat, dan kadar pengangguran terus menurun sejak bulan November.

Selain itu, penggunaan isi rumah turut mengekalkan pertumbuhan yang sederhana, manakala pelaburan syarikat terhadap aset tetap meningkat secara perlahan-lahan pada beberapa suku tahun kebelakangan ini.

Namun, kadar inflasi yang susut pada keseluruhannya, lebih rendah daripada sasaran Fed pada sekitar 2%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China