Cari:
Rusia Tempatkan Pasukan Tetap di Syria
2017-12-27 14:54:12 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoygu semalam berkata, pihaknya akan menempatkan pasukan tetap di pangkalan udara Hmeymim dan pangkalan tentera laut Tartus di Syria.

Rancangan tersebut telah mendapat kelulusan Presiden Vladimir Putin minggu lepas.

Pada 18 Januari lalu, kerajaan Rusia dan Syria memeterai perjanjian yang membolehkan tentera Rusia menggunakan pangkalan Tartus serta perairan sekitarnya.

Perjanjian yang akan berkuat kuasa selama 49 tahun, akan dilanjutkan 25 tahun lagi secara automatik sekiranya kedua-dua pihak masih mahu meneruskan kerjasama sebelum perjanjian asal luput.

Perjanjian itu telah diluluskan Majlis Persekutuan Rusia semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China