Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam berkata, Agensi Bantuan dan KerjaBangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) perlu dibatalkan. Beliau menganggap penubuhan UNRWA merupakan punca masalah pelarian Palestin.
Netanyahu berkata demikian sebagai menyahut kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengancaman akan menghentikan bantuan ekonomi kepada Palestin melalui akaun Twitternya pada 2 Januari lalu.
Menurut Trump, AS menyediakan bantuan berjuta-juta Dolar Amerika kepada Palestin setiap tahun. Walau bagaimanapun Palestin tidak mengucapkan terima kasih kepada AS malah enggan berunding dengan Israel mengenai perjanjian damai.
UNRWA ditubuhkan pada tahun 1949 dan mula beroperasi pada 1 Mei 1950. Pertubuhan itu bertanggungjawab untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dan perkhidmatan pendidikan dan perubatan kepada pelarian Palestin di Tebing Barat, Genting Gaza, Jordan, Syria dan Lubnan.