Cari:
WB Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Dunia 2018
2018-01-10 14:34:59 CRI Cetak

Bank Dunia (WB) mengeluarkan laporan prospek ekonomi dunia terkini semalam, menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia 2018.

Laporan itu menyebut, ekonomi dunia akan pulih secara menyeluruh tahun ini selepas krisis kewangan.

Menurut laporan tersebut, dengan dorongan pemulihan pelaburan, sektor pembuatan, dan perdagangan dunia, ekonomi dunia 2017 diunjurkan meningkat 3%, mencatatkan pertumbuhan yang tertinggi sejak 2011. Satu pertiga pertumbuhan itu adalah sumbangan rantau Asia Timur dan Pasifik, dan kebanyakannya sumbangan China.

Pertumbuhan ekonomi dunia 2018 dan 2019 masing-masing dijangka naik kepada 3.1% dan 3%, iaitu 0.2% dan 0.1% lebih tinggi berbanding unjuran pada Jun lalu.

Pertumbuhan pasaran berkembang pesat dan ekonomi membangun (EMDE) dijangka akan meningkat 4.5% tahun ini dan 4.7% pada tahun depan, lebih tinggi daripada peningkatan tahun lalu iaitu 4.3%.

Pertumbuhan ekonomi China tahun ini diunjurkan meningkat 6.4%, 0.1% lebih tinggi berbanding dengan unjuran tahun lalu. Kadar ini dijangka akan menurun kepada 6.3% pada tahun depan.

Walaupun ekonomi dunia pulih dengan menyeluruh, namun ia masih menghadapi risiko penurunan semula.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China