Cari:
Britain Bersedia Capai Perjanjian Perdagangan Paling Komprehensif dengan EU
2018-03-03 15:13:56 CRI Cetak

Perdana Menteri Britain, Theresa May‎ berkata Britain berharap dapat mencapai perjanjian perdagangan keluar daripada Kesatuan Eropah (Brexit) yang paling komprehensif dengan Kesatuan Eropah (EU). Tegasnya, perjanjian itu tidak akan menjejaskan peluang kerja rakyat serantau.

May‎ ketika menyampaikan ucapan di London semalam berkata, Britain berharap menandatangani sebuah perjanjian yang "lebih mendalam dan meluas berbanding semua perjanjian perdagangan bebas (FTP) di dunia" dengan EU.

Beliau juga mengemukakan lima prinsip panduan bagi rundingan "Brexit", iaitu perjanjian yang bakal dicapai itu mesti mewakili keputusan pungutan suara "Brexit", mesti kekal dilaksanakan, mesti melindungi peluang kerja dan keselamatan rakyat, mesti seleras dengan wawasan Britain menjadi negara yang moden dan terbuka, serta mesti mementingkan perpaduan dan penyatuan Britain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China