Cari:
Gelongsor Pilin Automatik Pertama di Dunia
2018-03-16 14:30:16 CRI Cetak

Gelongsor pilin besar, kemudahan hiburan air lengkap dengan sistem tenaga sendiri yang pertama di dunia telah dipasang di Taman Tema Air Changlong di bandar Guangzhou, provinsi Guangdong dan akan beroperasi secara rasmi pada 1 April.

Kemudahan hiburan air ini terdiri daripada tiga gelongsor pilin berwarna ungu, jingga dan hijau dengan ketinggian 26 meter yang kelihatan seperti roda Ferris.

Menurut seorang pegawai dari syarikat pengeluar kemudahan itu, Wiegand. Maelzer Jerman, gelongsor pilin ini merupakan satu-satunya di dunia yang boleh berpusing secara automatik, dan menjanjikan pengalaman yang luar biasa buat pemain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China