Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2018 yang diadakan di Pyeongchang, Korea Selatan ditutup tirai malam tadi.
Kontinjen Amerika Syarikat (AS) pulang membawa kutipan pingat terbesar dengan 13 emas, 15 perak dan 8 gangsa, disusuli Rusia dan Kanada di tempat kedua dan ketiga.
Kontinjen China yang kali ke-5 menyertai paralimpik musim sejuk meraih pingat pertamanya, iaitu emas bagi acara curling kerusi roda. Kontinjen kali ini seramai 26 atlet, yang terbesar bagi China dalam sejarah temasya tersebut.
Datuk Bandar Beijing yang juga Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, Chen Jining telah menerima bendera Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dalam upacara penutup. Beijing telah bersiap untuk menganjur paralimpik musim sejuk 2022.