Cari:
Kapal Perang AS Sekali Lagi Jejaskan Kedaulatan China
2018-03-24 15:49:16 CRI Cetak

Kapal pembinasa peluru berpandu 'Mustin' milik Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mencerobohi kawasan perairan di sekitar pulau dan terumbu berkenaan di Laut China Selatan semalam. Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Ren Guoqiang berkata, Kapal 570 dan Kapal 514 China yang segera dikerah untuk mengenalpasti identiti kapal AS tersebut, turut memberikan amaran dan mengusirnya.

Ren berkata, China mempunyai kedaulatan terhadap kawasan perairan di sekitar pulau-pulau Laut China Selatan yang sudah pun banyak kali dicerobohi kapal perang AS. Tindakan AS tersebut dilihat menjejaskan dengan serius kedaulatan dan keselamatan China, membelakangi norma asas hubungan antarabangsa serta menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau.

Menurutnya, tindakan AS tersebut merupakan provokasi politik dan ketenteraan yang serius dan mudah mengakibatkan salah faham malah kemalangan. Pasukan tentera China menentang dengan tegas tindakan AS tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China