Cari:
Zaman Unilateralisme Sudah Berakhir
2018-03-29 12:44:08 CRI Cetak

Zaman yang diwarnai unilateralisme sudah berakhir. Amerika Syarikat (AS) perlu menumpukan perhatian kepada pelaburan dalam ekonomi sebenar, bukannya membuat spekulasi dalam sektor kewangan.

Demikian pandangan pakar isu China dari Institut Schiller Jerman, Stephan Ossenkopp ketika mengulas tindakan AS mengenakan tarif tinggi terhadap produk China serta mengehadkan pelaburan dan pemerolehan oleh syarikat China di AS.

Beliau berkata tarif bersifat punitif dan larangan pelaburan tidak membantu mengubah keadaan, sambil menambah ketegangan hanya dapat diselesaikan melalui dialog.

Beliau menyarankan Presiden Donald Trump mengambil peluang daripada inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China untuk mengembalikan AS ke landasan betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China