Cari:
China Komited Tingkat Pembaharuan, Keterbukaan
2018-03-31 16:44:30 CRI Cetak

China komited terus memperincikan pembaharuan dan meningkatkan keterbukaan pada era baharu ini.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang kemuncak ke-6 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS) di Hanoi, Vietnam pagi tadi.

Beliau berkata kongres kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) telah merangka cetak biru pembangunan negara ini, sekali gus memulakan usaha membangunkan China sebagai negara sosialis moden yang kuat secara komprehensif.

China akan terus meningkatkan kebebasan dan pemudahan perdagangan dan pelaburan, di samping mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih adil dan bebas serta terus melonggarkan akses pasaran.

China mengalu-alukan penyertaan pelbagai negara dalam Ekspo Import Antarabangsa pertama yang bakal dianjurkan di Shanghai pada November akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China