Cari:
Rusia Mahu Rayu Tarif Keluli, Aluminium
2018-04-04 12:49:23 CRI Cetak

Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Rusia, Viktor Yevtukhov semalam mengumumkan bahawa Rusia akan membuat rayuan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung tindakan AS mengenakan tarif tinggi terhadap produk keluli dan aluminium.

Menurut laporan agensi berita Russia Today, Rusia akan membuat rayuan kepada WTO selaku badan penyelesai pergeseran perdagangan, dan tidak merancang mengenakan tarif bersifat "membalas dendam".

Pada 8 Mac lalu, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarif bagi keluli dan aluminium masing-masing 25% dan 10%, dengan alasan produk import berkenaan menjejaskan "keselamatan negara".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China