Cari:
China Tidak Akan Gentar
2018-04-06 17:29:32 CRI Cetak

Pasaran domestik Amerika Syarikat (AS) yang lebih dahulu goyah berikutan arahan Presiden Donald Trump supaya Jabatan Wakil Perdagangan (USTR) mempertimbangkan tarif tambahan lagi terhadap produk China bernilai USD100 bilion (RM387 bilion).

Laman sesawang akhbar Renminribao China hari ini mengulas hal tersebut dengan memetik laporan Niaga Hadapan Indeks Harga Saham (SPIF) Dow Jones dan Nasdaq jatuh merudum.

Menurut rencana itu, walau berdepan intimidasi oleh AS, China tetap tidak akan gentar.

Biar senarai USD50 bilion, USD100 bilion ataupun sekatan perdagangan lebih besar, China tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya, dan menggerakkan mekanisme penyelesaian dalam rangka WTO.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China