Cari:
Sidang Kemuncak Pemimpin Media Asia Dirasmikan
2018-04-09 13:16:56 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Pemimpin Media Asia dirasmikan di Sanya hari ini sempena sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2018, dengan tema "era baharu kerjasama media Asia - kesalinghubungan dan pembangunan berteraskan inovasi".

Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Huang Kunming telah menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian.

Menurut Huang, tahun ini ulang tahun ke-40 dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China.

China komited berkongsi hasil kejayaan dengan negara-negara lain di Asia bahkan seluruh dunia. Fikiran dan saranan anjuran Xi Jinping termasuk pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan menunjukkan hasrat negara ini menggalakkan pembangunan dunia dan kemakmuran Asia.

Tegas beliau, pengamal media Asia perlu memainkan peranan penting selaku wahana penyampai suara rakyat demi mencipta masa depan yang lebih cerah.

Kira-kira 140 pegawai media arus perdana dari 40 negara Asia dan 300 wakil sarjana dan badan berkenaan turut menyertai sidang kemuncak ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China