Cari:
China Bimbang Situasi Syria Tambah Runcing
2018-04-13 14:38:06 CRI Cetak

China berasa bimbang akan kemungkinan situasi di Syria bertambah runcing, dan menggesa semua pihak terlibat mengawal perasaan.

Gesaan itu dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam satu sidang akhbar semalam.

Ketika mengulas tentang perkembangan semasa di negara itu, beliau berkata China sentiasa berpegang pada prinsip menyelesaikan perselisihan secara damai, dan menentang penggunaan atau ancaman kekerasan dalam hubungan pelbagai hala. Setiap tindakan yang diambil mestilah berdasarkan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Tambah beliau, Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) akan menghantar kumpulan penyiasat ke Syria tidak lama lagi. China menyeru semua pihak berkenaan kekal bertenang, agar ketegangan di Syria dapat diredakan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China