Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Bahaya di Tempat Kerja"
2011-05-26 14:39:54 CRI Cetak

Dalam kesibukan kita mengejar kerjaya, kita sering terlupa menjaga kesihatan. Banyak faktor yang boleh mengancam kesihatan kita lebih-lebih lagi bagi pekerja pejabat yang kurang bergerak dan tidak sempat bersenam. Setelah menghabiskan sehari di meja, biasanya pekerja pejabat yang keletihan cuma mahu balik ke rumah untuk berehat. Gaya hidup begini boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan, termasuklah sindrom terowong karpus, sakit tulang belakang, sakit mata, sakit kepala, masalah berat badan dan lain-lain lagi. Selain itu, tekanan yang besar juga akan mengganggu kesihatan mental kita. Dalam kes-kes yang ekstrem, ada antara kalangan pekerja pejabat yang sudah tidak tahan lagi lalu membunuh diri.

Ungkapan "death from overwork" berasal dari Jepun. Maksudnya mati mengejut akibat keletihan dan tekanan yang perlahan-lahan dipendam dalam tempoh masa yang panjang.

Sebenarnya, tidak susah untuk kita elakkan masalah-masalah kesihatan tersebut, sebab kebanyakannya boleh dihindari dengan banyak bersenam. Walaupun tidak sempat pergi ke gimnasium untuk bersenam, tetapi masih ada banyak jenis senaman yang boleh kita lakukan di tempat kerja kita sendiri.

Menurut pakar kesihatan, setelah bekerja di depan komputer selama sejam, kita perlu bangun dan bergerak seketika supaya mata dan badan kita dapat beristirehat.

Apakah cara-cara lain untuk kita bersenam ketika berada di tempat kerja? Apakah cara yang anda sendiri amalkan untuk bersenam di tempat kerja? Dan bagi anda yang pernah mengalami apa-apa masalah kesihatan akibat terlalu lama bekerja di pejabat, silalah berkongsi pengalaman dengan kami supaya dapat dijadikan iktibar.

Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Suara Sutera" pada 1 Jun nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China