Cari:
Noriani: Masa seolah terhenti di Kashgar
2011-11-04 10:36:42 CRI Cetak

Memasuki kawasan Masjid tertua di China dan antara 10 masjid terkenal di dunia, akan merasa seolah-olah mengamit nostalgia. Itulah masjid Eidgah yang terletak berhampiran dengan Dataran Eidgah. Dibina dalam tahun 1442, ia kekal utuh dengan ciri-ciri dn senireka yang dipengaruhi oleh negara yang bersempadan dengannya iaitu Pakistan, Krygyzstan, Turki dan sebagainya. Ini juga satu-satu masjid di seluruh kashgar yang membenarkan wanita melawat tetapi bukan untuk bersolat.

Yang seronoknya melihat suasana di Dataran berdekatan dengan masjid. Warga emas menjadikan Dataran ini tempat bertemu dan bertanya khabar. Disekeliling kawasan terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai barangan dari kulit. Kulit serigala dengan taring dan kukunya, kulit kucing hutan, antara yang paling banyak terjual. Yang berminat membeli songkok ala Uygur atau topi jenis Sherlock Holmes pun ada. Di satu sudut lagi, penuh dengan bangku kecil untuk mengilap kasut. Selain lelaki, ada juga wanita yang nampaknya boleh mengalahkan lelaki dalam bidang itu.

Kota Bangsawan kini tinggal kenangan. Di kota lama Kashgar terdapat waris dan wasi golongan elit yang suatu ketika dahulu merupakan mereka yang terpengaruh dan terkaya yang membina kota yang serba melengkap memisahkan mereka daripada rakyat jelata. Setelah lebih seribu tahun, yang ada cuma bangunan kediaman tinggalan pusaka yang diwarisi untuk diteruskan oleh anak cucu cicit mereka. Kini terdapat 10 ribu keluarga di kawasan ini yang bergantung hidup dengan sektor pelancongn. Dianggarkan hampir 100 orang pelancong melawat Kota ini dalam sehari pada waktu puncak musim cuti.

1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China