Dua ekor panda yang akan bermastautin di Malaysia, iaitu Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) sekarang ditempatkan di Pusat Penyelidikan dan Perlindungan Panda Bifengxia Ya'an Sichuan China. Kedua-dua panda ini berumur enam tahun, iaitu hampir sama dengan manusia yang berumur 18-19 tahun. Panda-panda ini baharu meningkat dewasa. Sekarang kedua-dua panda ini tinggal berdekatan tetapi terpisah oleh dinding.