Cari:
Zaidah: Selera Malaysia Merentas Sempadan
2016-01-18 15:23:08 CRI Cetak

Tindakan Bahagian Pertanian, Kedutaan Malaysia di China memasarkan produk makanan Malaysia melalui platform e-dagang sememangnya langkah yang bijak dan efektif kerana pada ketika ini e-dagang sudah menjadi komponen pemasaran yang penting. Dengan pengguna Internet mencecah 600 juta orang di China, tidak mustahil jualan dalam talian semakin menjadi pilihan dan terus berkembang pesat dari semasa ke semasa. Kesempatan inilah yang harus direbut oleh Bahagian Pertanian, Kedutaan Malaysia di China untuk terus menggandakan jualan produk makanan Malaysia kerana industri makanan semakin memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi global, selain menawarkan pelbagai peluang pekerjaan.

Kunjungan Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Malaysia pada November lalu, telah membawa khabar gembira kerana khabarnya China akan membeli lebih banyak buah-buahan tropika dari Malaysia. Laluannya sudah pun dibuka oleh pemimpin kedua-dua negara, hanya perlukan usaha dan iltizam kita untuk merealisasikannya, seperti kata peribahasa Melayu, dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Kita yakin pada ketika ini Bahagian Pertanian sebenarnya sudah merangka pelbagai strategi bagi membawa selera Malaysia merentas sempadan negara dan rantau, dan acara pada 16 Januari lalu adalah langkah pertama sebelum "berlari" pada masa hadapan. Semoga akan ada lagi perkhabaran gembira daripada Bahagian Pertanian, Kedutaan Malaysia di China dan rasanya seperti tidak sabar lagi hendak menunggu menu hidangan seterusnya.


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China