Cari:
Bas di Beijing
2017-08-22 16:01:32 CRI Cetak

(Oleh Puteri Sabira, CRI)

Jika anda tinggal di Beijing atau Shanghai, tidak mempunyai kenderaan sendiri bukanlah masalah yang besar patut dirisaukan. Pengangkutan awam seperti bas dan subway sangat efisien dan boleh membawa anda ke mana sahaja ke destinasi yang ingin dituju dengan mudah dan cepat.

Perkhidmatan bas awam di Beijing sangat efektif, dan tambang dikenakan ialah 1 yuan dengan menggunakan kad pengangkutan dalam satu perjalanan, dan stesen bas boleh didapati di mana-mana sahaja memudahkan anda untuk ke destinasi pilihan.

Jangan khuatir sekiranya anda tidak fasih berbahasa mandarin kerana bahasa yang digunakan untuk ke tempat dituju digunakan bahasa mandarin dan bahasa inggeris.

Bilangan bas yang banyak dan stesen bas di rata-rata bandar Beijing memudahkan pergerakan anda serta menjimatkan masa. Untuk penumpang warga emas tempatan pula tidak dikenakan bayaran.

China adalah salah satu negara di mana perkembangan teknologi sangat terpantas di dunia, dan kini China menggunakan kelebihannya untuk kemajuan negara sendiri di mana kita boleh melihat sistem pengangkutan awam di China semakin mantap dan efisien.

Sistem pengangkutan awam di China kini menjadi salah satu infrastruktur yang signifikan untuk meningkatkan ekonomi dan perdangangan serta perkembangan negara China sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China