Cari:
• Lawatan ke Xiamen: Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Fujian) Kawasan Xiamen 2015-05-22
Pada 21 Mei, delegasi CRI telah dibawa ke Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Fujian) kawasan Xiamen. Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Fujian) kawasan Xiamen melibatkan keluasan keseluruhannya 43.78 kilometer persegi yang merangkumi Kawasan Utama Pusat Perdagangan Rentas-Selat, yang berkeluasan 19.37 kilometer persegi, dan Zon Pelabuhan Perdagangan Bebas Xiamen Haicang, yang berkeluasan 24.41 kilometer persegi.
• Lawatan ke Xiamen: Universiti Xiamen kampus Xiang'an 2015-05-21
Semalam delegasi CRI telah selesai mengadakan lawatan di sekitar kampus utama Universiti Xiamen. Pada hari ini, delegasi CRI meneruskan lawatan ke salah satu kampus Universiti Xiamen, iaitu kampus Xiang'an. Kampus Xiang'an terletak di bandar Xindian, daerah Xiang'an dengan Gunung Xiangshan di selatan, Jalan Selatan Xiang'an di utara, Kampung Shamei di barat dan Kampung Maolin di timur.
• Lawatan ke Xiamen: Universiti Xiamen 2015-05-20
Hari ini merupakan hari yang sangat padat dan penuh dengan aktiviti di Universiti Xiamen. Pada sesi pagi, iaitu pada 8.30 pagi delegasi CRI telah dibawa ke bangunan tertua di Universiti Xiamen untuk mendengar taklimat tentang sejarah penubuhan Universiti Xiamen di Dewan Memorial. Menurut sejarah, Universiti Xiamen diasaskan oleh seorang usahawan dari Malaya, Tan Kah Kee pada tahun 1921. Universiti Xiamen adalah satu-satunya universiti di China yang diasaskan oleh orang China dari negara asing.
• Lawatan ke Xiamen: Pulau Gulangyu 2015-05-20
Delegasi CRI memulakan lawatan ke Xiamen dengan mengunjungi Pulau Gulangyu. Pulau Gulangyu memang boleh dilihat dengan jelas dari bandar Xiamen. Hal ini menunjukkan kedudukannya yang begitu hampir dengan bandar Xiamen. Kami ke sana dengan menaiki feri yang mengambil masa lebih kurang lima minit. Menjejakkan kaki di sana, mengembalikan kenangan semasa bercuti ke Pulau Jerjak yang terletak di Pulau Pinang.
• Catatan di Dongguan: Tapak Kubu Weiyuan 2015-05-11
Kubu yang terletak di sebelah kiri pergunungan Nanshan di pulau Weiyuan ini, dibina dengan 26 landasan meriam terlindung, 3 landasan meriam terbuka, 20 tangsi askar, bilik simpanan serbuk letupan, 2 lorong konkrit, dan dikelilingi oleh dinding pertahanan.
• Catatan di Dongguan: Muzium Perang Candu di Humen 2015-05-11
Humen, atau "pintu harimau", sebuah pekan tidak jauh dari pusat bandar Dongguan yang kaya dengan khazanah sejarah dan budaya. Pekan ini pada suatu ketika dahulu menjadi saksi kepada perjuangan China menghapuskan candu, dan sejarah perjuangan tersebut boleh ditelusuri di Muzium Perang Candu di Humen.
• Catatan Perjalanan ke Malaysia: Berbasikal ke Masjid Selat Melaka 2015-03-31
Kami tiba di Melaka pada hari ini. Ini kali kedua kami datang ke Melaka. Bahasa, Afrin dengan saya membuat keputusan untuk berbasikal ke Masjid Selat Melaka selepas bersiar-siar dalam kawasan kota. Walaupun kami mempunyai sehelai peta Melaka, kami masih sesat jalan.
• Catatan Perjalanan ke Malaysia: Perjumpaan dengan Pak Yang 2015-03-31
Semasa melawat Pulau Pinang, perkara yang paling mengharukan saya ialah perjumpaan dengan seorang pakcik yang baik hati. Beliau ialah orang Pulau Pinang dan sudi menolong pelancong-pelancong dari negeri yang lain dan luar negara. Walaupun beliau sudah berumur lebih kurang lima puluh tahun, tetapi kelihatan sangat bersemangat.
• Catatan Perjalanan ke Malaysia: Pulau Langkawi 2015-03-31
Setelah beberapa hari belajar di Dewan Bahasa dan Pustaka, kami melawat Pulau Langkawi pada 4 Februari. Sepanjang siang hari, kami menikmati pemandangan alam yang indah di Pulau itu. Pulau Langkawi boleh dikatakan sebagai "Syurgar Dunia".
• Catatan Perjalanan ke Malaysia: Perayaan Thaipusam di Batu Cave 2015-03-31
Pada tahun ini, 3 Februari merupakan hari Thaipusam, sebuah hari raya bagi orang yang beragama Hindu. Di Malaysia, orang India dan orang Tamil yang beragama Hindu masih mengekalkan perayaan hari itu. Sejak saya mengetahui sedikit sebanyak tentang hari itu, saya teringin hendak menyaksikan perayaan hari itu.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China