Pavilion-Pavilion Negara Asia Tenggara dalam Ekspo Dunia 2010 di Shanghai Mendapat Sambutan Hangat
2010-11-30 17:00:59 |
CRI |
|
Cetak |
Dalam Ekspo Dunia 2010 di Shanghai yang berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Oktober 2010, pavilion-pavilion negara dari Asia Tenggara telah menampilkan budaya pelbagai bangsa dan keturunan yang cukup istimewa di kawasan berkenaan. Projek interaktifnya pula mempromosikan aktiviti baru yang berdaya cipta. Para pelancong boleh menikmati dan memahami sosiobudaya Asia Tenggara melalui aktiviti "menikmati budaya secara interaktif" tersebut, termasuk merasai makanan yang sedap, menghayati permainan tempatan, urutan dan persembahan seni kraf tangan. Jumlah pelancong yang melawat Pavilion Negara Indonesia sahaja mencecah 8.15 juta orang.