Sidang Menteri Pertahanan ASEAN yang Diperluas (ADMM+) Pertama Menandakan Mekanisme Keselamatan Kawasan Asia-Pasifik yang Baru Sedang Dibentuk
2010-11-30 17:11:48 |
CRI |
|
Cetak |
Pada 12 Oktober tahun 2010, Menteri Pertahanan atau wakilnya dari 10 negara anggota ASEAN dan Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Rusia, Republik Korea dan Amerika Syarikat telah menghadiri sidang yang diadakan di Hanoi, Vietnam itu. Kenyataan bersama yang dikeluarkan dalam sidang itu menegaskan bahawa negara peserta sidang akan memperluas kerjasama pertahanan dan keselamatan untuk menggalakkan kedamaian, keselamatan dan kemakmuran serantau.