Cari:
Xi Jinping
2012-11-16 13:27:39 CRI Cetak

Xi Jinping, lelaki, kaum Han, berasal dari Fuping, Provinsi Shaanxi pada Jun 1953. Beliau mula bekerja pada Januari 1969 dan menganggotai Parti Komunis China pada Januari 1974. Beliau tamat pengajian sarjana dalam jurusan teori Marxisme dan pendidikan ideologi di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan Sosial Universiti Tsinghua. Beliau mempunyai ijazah Doktor Undang-undang (LLD).

Beliau sekarang menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Naib Presiden Republik Rakyat China, Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China, Presiden Sekolah Parti Pusat.

1969-1975 Belia berpendidikan di Pasukan Liangjiahe, Kumpulan Wen'anyi, Kaunti Yanchuan, Provinsi Shaanxi, dan Setiausaha Cawangannya Parti Komunis China

1975-1979 Mengikuti pengajian sintesis organik asas di Fakulti Industri Kimia Universiti Tsinghua

1979-1982 Urus setia di Jabatan Am Dewan Negara, dan Jabatan Am Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China (anggota tentera)

1982-1983 Naib Setiausaha Jawatankuasa Kaunti Zhengding Provinsi Hebei Parti Komunis China

1983-1985 Setiausaha Jawatankuasa Kaunti Zhengding Provinsi Hebei Parti Komunis China, komisar pertama dan setiausaha pertama parti, Bahagian Pertahanan Kaunti Zhengding Provinsi Hebei

1985-1988 Anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Bandar Xiamen Provinsi Fujian Parti Komunis China, Naib Datuk Bandar Xiamen

1988-1990 Setiausaha Jawatankuasa Daerah Ningde Provinsi Fujian Parti Komunis China, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Sub-Kawasan Ketenteraan Ningde Parti Komunis China

1990-1993 Setiausaha Jawatankuasa Bandar Fuzhou Provinsi Fujian Parti Komunis China, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Bandar Fuzhou, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Sub-Kawasan Ketenteraan Fuzhou Parti Komunis China

1993-1995 Anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Provinsi Fujian Parti Komunis China, Setiausaha Jawatankuasa Bandar Fuzhou Parti Komunis China, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Bandar Fuzhou, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Sub-Kawasan Ketenteraan Fuzhou Parti Komunis China

1995-1996 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Fujian Parti Komunis China, Setiausaha Jawatankuasa Bandar Fuzhou Parti Komunis China, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Bandar Fuzhou, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Sub-Kawasan Ketenteraan Fuzhou Parti Komunis China

1996-1999 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Fujian Parti Komunis China, Komisar Pertama Divisyen Simpanan Artileri Antipesawat Provinsi Fujian

1999-2000 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Fujian Parti Komunis China, Pemangku Gabenor Provinsi Fujian, Naib Pengarah Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Kawasan Ketenteraan Nanjing, Pengarah Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Provinsi Fujian, Komisar Pertama Divisyen Simpanan Artileri Antipesawat Provinsi Fujian

2000-2002 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Fujian Parti Komunis China, Gabenor Provinsi Fujian, Naib Pengarah Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Kawasan Ketenteraan Nanjing, Pengarah Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Provinsi Fujian, Komisar Pertama Divisyen Simpanan Artileri Antipesawat Provinsi Fujian

(1998-2002 melanjutkan pengajian sarjana dalam jurusan teori Marxisme dan pendidikan ideologi di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan Sosial Universiti Tsinghua dan mendapat ijazah LLD)

2002-2002 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Zhejiang Parti Komunis China, Pemangku Gabenor Provinsi Zhejiang, Naib Pengarah Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Kawasan Ketenteraan Nanjing, Pengarah Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Provinsi Zhejiang

2002-2003 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Zhejiang Parti Komunis China, Pemangku Gabenor Provinsi Zhejiang, Naib Pengarah Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Kawasan Ketenteraan Nanjing, Pengarah Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Provinsi Zhejiang

2003-2007 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Zhejiang Parti Komunis China, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Provinsi Zhejiang, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Kawasan Ketenteraan Provinsi Zhejiang Parti Komunis China

2007-2007 Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai Parti Komunis China, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Kawasan Garison Shanghai Parti Komunis China

2007-2008 Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Presiden Sekolah Parti Pusat

2008-2010 Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Naib Presiden Republik Rakyat China, Presiden Sekolah Parti Pusat

2010-2012 Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Naib Presiden Republik Rakyat China, Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China, Presiden Sekolah Parti Pusat

Anggota simpanan Jawatankuasa Pusat Ke-15 Parti Komunis China, Anggota Jawatankuasa Pusat Ke-16, Ke-17 dan Ke-18 Parti Komunis China, Anggota Biro Politik dan Anggota Jawatankuasa Tetapnya serta Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Ke-17 Parti Komunis China, Anggota Biro Politik dan Anggota Jawatankuasa Tetapnya serta Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Ke-18 Parti Komunis China. Dipilih menjadi Naib Presiden Republik Rakyat China pada Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11. Dipilih menjadi Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China pada Sidang Pleno Ke-5 Kongres Rakyat Ke-17 Parti Komunis China. Dilantik sebagai Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China pada Persidangan Ke-17 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11. Dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China pada Sidang Pleno Pertama Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China