Cari:
Li Keqiang
2012-11-16 13:28:37 CRI Cetak

Li Keqiang, lelaki, kaum Han, berasal dari Dingyuan, Provinsi Anhui pada Julai 1955. Beliau mula bekerja pada bulan Mac 1974 dan menganggotai Parti Komunis China pada Mei 1976. Beliau tamat pengajian dari Fakulti Undang-undang serta pengajian ekonomi di Sekolah Ekonomi Universiti Peking. Beliau mempunyai ijazah sarjana muda undang-undang dan doktor ekonomi.

Beliau sekarang menyandang jawatan sebagai Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Naib Perdana Menteri Dewan Negara, Naib Setiausaha Kumpulan Pemimpin Dewan Negara Parti Komunis China.

1974-1976: Belia berpendidikan di Pasukan Dongling Kumpulan Damiao Kaunti Fengyang, Provinsi Anhui

1976-1978: Setiausaha Pasukan Damiao Kumpulan Damiao Kaunti Fengyang Provinsi Anhui Parti Komunis China

1978-1982: Mahasiswa di Fakulti Undang-undang, Universiti Peking, Petugas Persatuan Mahasiswa Universiti Peking

1982-1983: Setiausaha Jawatankuasa Universiti Peking Liga Pemuda China, Anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda China

1983-1985: Ketua Pengarah Bahagian Sekolah Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda China merangkap Ketua Setiausaha Persatuan Mahasiswa Seluruh China, Anggota Simpanan Sekretariat Jawantankuasa Pusat Liga Pemuda China

1985-1993: Setiausaha Sekretariat Jawantankuasa Pusat Liga Pemuda China merangkap Naib Pengerusi Persatuan Belia Seluruh China (Septemer-November 1991: mengikuti kursus pegawai peringkat gabenor dan menteri di Sekolah Parti Pusat)

1993-1998: Setiausaha Pertama Sekretariat Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda China merangkap Presiden Univerisiti Sains Politik Belia China,

(1988-1994: melanjutkan pengajian ekonomi di Sekolah Ekonomi Universiti Peking dan mendapat ijazah sarjana dan doktor ekonomi)

1998-1999: Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Henan Parti Komunis China, Pemangku Gabenor Provinsi Henan, merangkap Pengarah Pusat Arahan Pencegahan Banjir Sungai Kuning

1999-2002: Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Henan Parti Komunis China, Gabenor Provinsi Henan, merangkap Pengarah Pusat Arahan Pencegahan Banjir Sungai Kuning

2002-2003: Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Henan Parti Komunis China, Gabenor Provinsi Henan, merangkap Pengarah Pusat Arahan Pencegahan Banjir Sungai Kuning

2003-2004: Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Henan Parti Komunis China, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Provinsi Henan

2004-2005: Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Liaoning Parti Komunis China

2005-2007: Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Liaoning Parti Komunis China, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Provinsi Liaoning

2007-2008: Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China

2008- : Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Naib Perdana Menteri Dewan Negara, Naib Setiausaha Kumpulan Pemimpin Dewan Negara Parti Komunis China, Pengarah Suruhanjaya Pembinaan Projek Tiga Guang Sungai Yangtze Dewan Negara, Pengarah Suruhanjaya Pembinaan Projek Aliran Air dari Selatan ke Utara Dewan Negara

Anggota Jawatankuasa Pusat ke-15, ke-16, ke-17 dan ke-18 Parti Komunis China, Anggota Biro Politik dan Anggota Jawatankuasa Tetapnya Jawatankuasa Pusat ke-17 dan ke-18 Parti Komunis China, Anggota Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan ke-8.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China