Cari:
Peristiwa Penting dalam Sejarah Hubungan RRC-Brunei Darussalam
2010-03-30 11:38:12 CRI Cetak

Peristiwa Penting dalam Sejarah Hubungan Republik Rakyat China-Brunei Darussalam

30 September 1991: Kenyataan Bersama Mengenai Terjalinnya Hubungan Diplomatik Republik Rakyat China-Brunei Darussalam ditandatangani oleh Menteri Luar China, Qian Qichen dan rakyat sejawatnya dari Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

Tahun 1993: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah mengadakan lawatan ke China.

Tahun 1993: Sistem rundingan berkala antara Kementerian Luar kedua-dua negara ditetapkan, setakat ini (tahun 2009), kedua-dua pihak telah mengadakan rundingan sebanyak 14 kali.

Ogos, 1999: Kebawah Duli Yang Maha Mulia paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah mengadakan lawatan rasmi ke China. Kedua-dua negara mengeluarkan Kenyataan Bersama mengenai arah perkembangan hubungan kedua-dua negara pada masa depan.

Tahun 2000: Pengerusi China, Jiang Zemin mengadakan lawatan ke Brunei Darussalam.

Tahun 2000: China mengimport minyak mentah dari Brunei, jumlah perniagaan dua hala meningkat dengan ketara.

Tahun 2000: China dan Brunei menandatangani Perjanjian Menggalakkan dan Melindungi Pelaburan Dua Hala dan Memorandum Persefahaman Pelancongan Warga China ke Brunei.

Tahun 2001: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Li Peng membuat lawatan rasmi ke Brunei.

Tahun 2001: Perdana Menteri China, Zhu Rongji membuat lawatan ke Brunei.

Mei dan Oktober, 2001: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah hadir Sidang Kemuncak Sumber Tenaga APEC dan Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC.

Januari, 2002: Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Darussalam membuka laluan penerbangan bandar Seri Bagawan-Shanghai.

Tahun 2002: China dan Brunei memeterai Perjanjian Kerjasama Badan Pendakwa Raya Rakyat China-Jabatan Peguam Negara Brunei Darussalam.

September 2003: Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat China, Liang Guanglie membuat lawatan ke Brunei dan memeterai Memorandum Persefahaman Pertukaran Maklumat Ketenteraan.

Tahun 2004: China dan Brunei memeterai Perjanjian Bebas daripada Dwi Tarif dan Menangkis Percubaan Meneglak dari Pembayaran Cukai Atau Kebocoran Hasil, Memorandum Persefahaman Galakkan Perdagangan, Pelaburan dan Kerjasama Ekonomi, Memorandum Persefahaman Kerjasama Pendidikan Peringkat Tinggi dan Memorandum Persefahaman Kerjasama Mahkamah Tertinggi.

Tahun 2004 hingga 2005: Persatuan Persahabatan China-Brunei dan Persatuan Persahabatan Brunei-China ditubuhkan.

April 2005: Presiden China, Hu Jintao membuat lawatan rasmi ke Brunei dan kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan bersama.

Tahun 2005: Naib Perdana Menteri China, Wu Yi membuat lawatan ke Brunei.

Julai hingga Ogos 2006: Pancaragam Angkatan Tentera Pembebasan Rakyat China menunjukkan persembahan dalam majlis perayaan ulang tahun ke-60 kejadian Sultan Brunei.

Oktober 2006: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah hadir Sidang Kemuncak China-ASEAN yang berlangsung di China.

Tahun 2006: China dan Brunei memeterai Memorandum Persefahaman Kerjasama Pelancongan.

Tahun 2007: China dan Brunei menubuhkan jabatan atasye tentera antara satu sama lain.

Tahun 2007: Jumlah perdagangan China dan Brunei mencatat 355 juta dolar Amerika dan meningkat 12.7% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Antaranya, eksport China ke Brunei 113 juta dolar Amerika yang meningkat 13.1% dan import China dari Brunei 242 dolar Amerika yang meningkat 12.5%.

Mei 2008: China dan Brunei buat pertama kali mengadakan perbincangan ekonomi dan perdagangan. Biro Perusahaan Perikanan Guangdong China dan Jabatan Perusahaan Perikanan pimpinan Kementerian Industeri dan Sumber Peringkat Awal Brunei memeterasi Memorandum Persefahaman Kerjasama pada bulan September. Kementerian Industri Teknologi Maklumat dan Telekom China dan Kementerian Komunikasi Brunei memeterasi Memorandum Persefahaman Kerjasama dalam Bidang Maklumat dan Telekom.

Ogos dan Oktober 2008: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah hadir majlis perasmian Sukan Olimpik Beijing dan Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7.

Januari hingga Oktober 2008: Jumlah perniagaan dua hala mencatat 198 dolar Amerika dan menurun 25.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Januari 2008: Naib Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Pusat China, ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Pertahanan China, Jeneral Cao Gangchuan membuat lawatan ke Brunei.

23 Mac 2009: Delegasi umat Islam Brunei melawat Persatuan Islam China.

4 Mei 2009: China dan Brunei memeterai Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertanian.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China