Cari:
Susilo Bambang Yudhoyono Mengucapkan Selamat Tahun Baru China kepada Orang Cina
2011-02-15 11:42:10 CRI Cetak

Ketika menghadiri perhimpunan sambutan Tahun Baru China yang dianjurkan oleh pertubuhan ajaran Konfusius di Indonesia malam tadi, Presiden negara tersebut, Susilo Bambang Yudhoyono mengucapkan selamat Tahun Baru China kepada orang Cina di negara itu.

Menurut Susilo, beliau mewakili kerajaan memberikan salam kepada orang Cina dan penuntut ajaran Konfusius di seluruh negara, dan berharap mereka mendapatkan kebahagiaan, kesentosaan dan kemakmuran dalam tahun yang baru.

Pada hari yang sama, lebih 3,000 orang tokoh dari pelbagai kalangan dan wakil orang Cina, termasuk Susilo, Naib Presiden, Budiono, Menteri Perdagangan, Marie Elka Pangestu dan Duta Besar China ke Indonesia, Zhang Qiyue telah menghadiri aktiviti sambutan tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China