Yingluck Shinawatra
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra menarik diri daripada bertanding bagi merebut jawatan Perdana Menteri dalam pilihan raya umum pada 3 Julai nanti.
Ketika diwawancara dalam satu program dengan BBC di kediamannya di Dubai, Thaksin menyatakan sokongan penuh kepada adik perempuan bongsunya, Yingluck Shinawatra sebagai calon parti pembangkang untuk merebut jawatan berkenaan.
Beliau percaya, Yingluck yang mempunyai latar belakang budaya dan pendirian yang sama dengannya, mampu memimpin Thailand ke arah merealisasikan permuafakatan.