Cari:
Kongres Kebangsaan ke-18 PKC Dapat Perhatian ASEAN
2012-11-08 15:46:20 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) yang baru dirasmikan di Beijing pagi tadi mendapat perhatian negara-negara ASEAN. Pemimpin-pemimpin ASEAN menganggap, kongres ini akan memberikan kesan yang mendalam terhadap ekonomi dan politik dunia.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansur berkata beliau berasa amat kagum terhadap pencapaian ekonomi China dalam tempoh 10 tahun di bawah pimpinan PKC. Beliau mempunyai keyakinan penuh terhadap masa depan hubungan kedua-dua parti dan negara.

Timbalan Pengerusi Parlimen Vietnam, Uong Chu Luu berkata Kongres Kebangsaan ke-18 PKC bukan sahaja peristiwa yang amat penting bagi parti dan rakyat China, malah rakyat Vietnam juga ternanti-nantikan kongres tersebut.

Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pusat PKC atas perasmian kongres kebangsaan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China