Cari:
Pemimpin ASEAN Ucap Tahniah kepada PKC
2012-11-09 15:35:02 CRI Cetak
Para pemimpin negara dan pelbagai parti di negara ASEAN mengucapkan tahniah atas perasmian Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansur menghantar kawat tahniah kepada PKC. Dalam kawat tersebut, beliau yakin pucuk pimpinan baharu PKC akan memimpin rakyat terus membangunkan China sebagai negara ekonomi kuat di rantau Asia. UMNO bersedia meningkatkan kerjasama dengan PKC.

Presiden Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), yang juga mantan presiden negara tersebut, Megawati Soekarnoputri dan Presiden Parti Golkar Indonesia, Aburizal Bakrie mengucapkan tahniah atas perasmian Kongres Kebangsaan ke-18 PKC. Mereka percaya kumpulan pemimpin baharu PKC akan membawa rakyat membangunkan negara China yang lebih kuat dan makmur.

Parti Komunis Vietnam dalam kawat tahniah berkata, Parti Komunis Vietnam berasa gembira dengan prestasi PKC dalam pembangunan negara China yang cemerlang. Kongres Kebangsaan ke-18 PKC merupakan satu peristiwa bersejarah yang memberikan makna yang penting kepada PKC dan seluruh rakyat China. Mereka yakin PKC akan berjaya membina masyarakat yang makmur di China menjelang tahun 2020.

Presiden Parti Rakyat Kemboja, Chea Sim dan Presiden Parti Funcinpec, Keo Puth Rasmey turut menghantar kawat tahniah kepada PKC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China