Cari:
Media Asia Tenggara Beri Tumpuan Laporan Hu Jintao
2012-11-10 15:59:47 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) menjadi tumpuan perhatian masyarakat antarabangsa. Media Asia Tenggara memberi penilaian positif terhadap laporan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Hu Jintao dalam kongres ini.

Akhbar Sin Chew Daily Malaysia menerbitkan rencana yang menyatakan laporan Hu tersebut mengumpulkan kejayaan dan pengalaman pembangunan PKC selepas Kongres Kebangsaan ke-16 dan ke-17 serta mengemukakan sasaran pada lima hingga 10 tahun akan datang. Pemimpin China yang baharu akan menyuntuk kedinamikan ke dalam pembangunan ekonomi negara itu pada 10 tahun akan datang dan membimbing China terus memainkan peranan penting di arena antarabangsa.

Akhbar New Straits Times Malaysia pula melaporkan, laporan Hu yang banyak menjelaskan pendirian PKC dalam usaha antirasuah menunjukkan komitmen PKC dalam bidang ini.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura mengulas, laporan Hu menjadi panduan tindakan China dalam pembangunannya pada lima tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China