Cari:
Pemimpin Asia Tenggara Ucap Tahniah kepada China
2012-11-12 15:44:21 CRI Cetak
Presiden Dewan Senat Filipina, Juan Ponce Enrile berharap semoga barisan pemimpin China yang baharu dapat membawa lebih banyak kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat China.
Presiden Parti Liberal Filipina, Jorge Rojas dan Naib Presiden Eksekutifnya, Joseph Abaya yakin bahawa kemakmuran dan pembangunan China akan menggalakkan kemajuan bersama serantau dan global, manakala hubungan Parti Liberal dengan PKC akan membantu meningkatkan kepentingan bersama rakyat kedua-dua negara.
Setiausaha Agung Parti Demokratik Timor Leste, Mariano Sabino berkata, rakyat Timor Leste amat menghargai sokongan PKC dan rakyat China kepada negara itu dan berharap terus menimba pengalaman daripada kejayaan PKC.
Pengerusi Parti Keadilan dan Kemakmuran Indonesia berkata, seluruh dunia menyaksikan kejayaan cemerlang pertumbuhan sosioekonomi China di bawah pimpinan PKC, dan yakin dapatan kongres PKC ini akan menggalakkan proses pembangunan sosial serta kemakmuran dan keharmonian yang lebih banyak.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China