Cari:
Matlamat "Masyarakat Maju, China yang Indah" Jadi Tumpuan Media Asia Tenggara
2012-11-14 13:25:00 CRI Cetak
Matlamat mewujudkan masyarakat maju, dan cetakan biru pembangunan "China yang indah" yang dikemukakan dalam Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) menjadi tumpuan media Aisa Tenggara.

Akhbar International Daily Indonesia dalam rencana pengarang kelmarin menyebut, laporan yang memfokuskan konsep pembangunan saintifik itu bukan sahaja untuk mewujudkan masyarakat maju, tetapi juga membangunkan "China yang indah". Laporan itu juga menyebut China akan mengutamakan pembangunan tamadun ekologi.

Akhbar Golden Phoenix Myanmar dalam rencana pengarangnya kelmarin pula menyebut, amalan sudah membuktikan bahawa laluan sosialisme yang bercirikan China menjadi satu-satunya panduan pembangunan dan kemajuan China, manakala pembangunan saintifik merupakan cara untuk memberi semangat baharu kepada pembangunan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China