Cari:
54 Mayat Nahas Pesawat Trigana Air Ditemukan
2015-08-18 15:10:24 CRI Cetak

Pasukan Penyelamat telah menemukan 54 mayat penumpang pesawat Trigana Air Indonesia yang terhempas di daerah Okbape, kira-kira 15 kilometer dari Lapangan Terbang Oksibil, di Kabupaten Pergunungan Bintang, Papua. Tiada penumpang dilaporkan masih hidup.

Demikian dimaklumkan oleh jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia tengah hari tadi.

Menurut maklumat Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia semalam, pasukan penyelamat telah menemukan bangkai pesawat Trigana Air 1L-267, namun operasi menyelamat menghadapi kesukaran kerana cuaca buruk.

Pegawai Basarnas provinsi Papua, Susanto berkata, pasukan yang terdiri daripada polis tentera, pasukan penyelamat dan anggota sukarelawan telah pergi ke lokasi nahas dengan menggunakan kenderaan dan kapal terbang. Namun, operasi menyelamat menghadapi kesukaran ekoran cuaca ekstrim seperti hujan lebat, suhu rendah dan kabus tebal serta bentuk muka bumi yang curam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China