Cari:
Serangan Letupan Bangkok Bukan Sasarkan Pelancong China
2015-08-21 11:21:13 CRI Cetak

Pihak rasmi Thailand memaklumkan serangan letupan Bom di Bangkok bukan menyasarkan pelancong China.

Demikian dinyatakan jurucakap Jabatan Keselamatan Negara Thailand, Winthai Suwaree semalam.

Menurut beliau, kerajaan Thailand telah meminta bantuan Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (ICPO) dengan membekalkan maklumat suspek dan dokumen lain mengenai kes itu untuk sama-sama memburu suspek yang terbabit.

Menurut laporan terkini media Thailand, selain seorang yang memakai baju kuning sebagai suspek utama letupan itu, Polis Thailand mendapati dua lagi suspek di lokasi letupan itu. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan bahawa kedua-dua suspek itu adalah lelaki yang masing-masing memakai baju yang berwarna merah dan putih.

Ketua Polis Thailand, Somyod Preuksakasemsuk, semalam menyatakan, letupan bom yang berlaku di Kuil Erawan telah dirancang dengan rapi oleh lebih 10 orang suspek.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha, kelmarin memberi amaran kepada suspek yang terlibat agar segera menyerah diri.

Polis Thailand juga telah menawarkan ganjaran sebanyak 1 juta baht (RM112,419) kepada sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya suspek yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut pada Isnin lalu. Polis Thailand menganggap semua suspek tersebut berkemungkinan masih berada di wilayah Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China