Cari:
Pesta Filem China 2015 di Bangkok
2015-09-14 15:12:27 CRI Cetak

Pesta Filem China 2015 yang berlarutan dari 12 hingga 20 September diadakan di Bangkok Thailand.

Naib Ketua Biro Filem Jabatan Pentadbiran Penerangan, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen China, Luan Guozhi, dalam majlis perasmian berkata, pesta filem tersebut adalah antara aktiviti yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-Thailand. Melalui filem, komunikasi antara rakyat dapat ditingkatkan, sekali gus menyuntik lebih banyak tenaga dalam pembangunan ekonomi dan kerjasama politik kedua-dua pihak.

Filem China dengan suara asal jarang-jarang ditayangkan di Thailand. Namun, sempena pesta filem tersebut, sebanyak lapan buah filem dengan suara asal akan ditayangkan, sari kata dalam bahasa Thailand dan bahasa Inggeris turut disediakan demi memenuhi keperluan penonton Thailand.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China